5 kg penuh pegangan kepada Tuhan dan ajaran agama
3 kg rasa cinta dan kasih sayang yang sentiasa membara kerana Allah
1500 g rasa tanggungjawab
4 keping rasa kesyukuran dan ketakwaan
3 ½ cawan daya penambat hati
2 cawan pati kemanusiaan
1 ulas budi bahasa
1 cupak doa
2 paket keyakinan diri masing- masing dorongan dan sokongan
1 sudu perasaan timbang rasa
1 sudu teh rasa kepuasan
2 genggam kepercayaan
1 camca puji-pujian dan gurau senda
2 gelas ucapan terima kasih
1 sukatan peruntukan kewangan yang mencukupi
2 hiris kata-kata maaf
1 cubit campur tangan mertua
CARA MEMBUATNYA:~
1)Panaskan rumahtangga dengan ikatan pernikahan
2)Masukkan 1500 gram rasa tanggungjawab
3)Tumiskan 4 keping rasa kesyukuran dan ketakwaan. Biarkan selama-lamanya.
4)Campurkan 3 ½ cawan daya penambat hati dan 2 cawan pati kemanusiaan sekaligus.
5)Masukkan 1 ulas budi bahasa.
6)Adunkan dengan 1 cupak doa kebahagiaan.
7)Siatkan keyakinan diri masing-masing.
8)Gaulkan 1 sudu perasaan timbang rasa dan 1 sudu teh rasa kepuasan. Sebatikan.
9)Masukkan 2 genggam kepercayaan dan asingkan rasa cemburu dan curiga.
10)Padamkan api kemarahan. Tambahkan 1 camca puji-pujian dan gurau senda.
11)Tuangkan 2 gelas ucapan terima kasih serta 2 hiris kata-kata maaf.
12)Didihkan dengan 1 sukatan kewangan yang mencukupi.
13)Uli dengan campur tangan mertua.
14)Isingkan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan panaskan dengan bara api kesetiaan.
15)Hiaskan dengan cahaya mata mengikut kehendak/ kemampuan masing-masing.
PERINGATAN!!!
Jangan sesekali dihidangakn dengan sikap dingin dan lidah yang berbisa. Hidang di meja kesabaran. Hiaskan dengan senyuman manis dengan penuh kasih sayang. InsyaAllah ia tidak akan expired dan mampu bertahan untuk selama-lamanya.
illal liqa'
No comments:
Post a Comment