Allah menciptakan kita bukan untuk sia-sia...
Tetapi kerana tujuan mulia iaitu untuk beribadah kepadaNya....
Ibadah adalah kata yang mencukupi segala hal yang dicintai dan diredhai Allah S.W.T....
Kita menjalankan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya adalah ibadah...
Bahkan berbuat baik kepada manusia diperintahkan dalam Al-Quran...
Surah Luqman(31) ayat 17-19:
"Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap pa yang menimpa kamu. Sesungguhnyayang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah) Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia(sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan sedehanakanlah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk ialah suara keldai."
Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda : "Tidak akan masuk syurga orang yang jirannya tidak aman dari gangguan- gangguannya." (Riwayat Muslim)
Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda : "Tiada seorang Muslim yang tiba padanya waktu sembahyang fardhu lalu dia menyempurnakan wudhuk dan khusyuk serta rukuk, sujudnya melainkan sembahyang itu menjadi penebus dosanya yang telah lalu selama dia tidak berbuat dosa besar dan yang demikian itu sepanjang masa."(Riwayat Muslim dari Uthman r.a.)
Ingatlahh...
Allah tidak rugi sedikitpun sekiranya kita tidak beribadah kepadaNya ...
malah kita yang rugi besar....
Allah sentiasa ingat kepada hambaNya yang ingat kepadaNya...
malah Allah sentiasa ada bersama hambaNya yang ada dekat denganNya..
Allah menerima doa orang yang dianiaya dan hamba yang ikhlas...
malah pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hambaNya..
lupakah kita bahawa Allah itu Maha Pengampun..???
Sudah bertaubatkah kita?
Sudah bersediakah kita berhadapan denganNya...??
Dan menjawab apa yang disoalNya???
Fikirkanlah...
Wallahu 'alam
illal liqa'
No comments:
Post a Comment