Sunday, 10 April 2011

MENCARI TEMAN KE SURGA....

Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah S.W.T. 
Teman yang baik petunjuk jalan, penguat langkah dan azam, 
pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-
sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. Manusia yang lemah
seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, 
untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh,
demi bersama meraih syurgaNya. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman 
lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah ke taman syurga.

"Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku. teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat keadaan kami."
(20:29-35)

Saidina Umar mengatakan, "Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seseorang hamba sesudah Islam , selaain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah dia berpegang kepadanya..”Saidina Umar meminta kita ‘berpegang kepadanya’, iaitu bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh. =) 

Salah satu jenis manusia yang ALLAH SELAMATKAN ketika di PADANG MASYAR ialah..

Dua orang (lelaki dengan lelaki serta perempuan dengan perempuan)yang bertemu, berpisah & berkasih HANYA KERANA ALLAH S.W.T.. )

illal liqa'

No comments:

Post a Comment