Pada suatu hari, Nabi Muhammad S.A.W bersama para sahabat iaitu Abu Bakar, Umar Al-Khattab dan Uthman mengunjungi rumah Ali bin Abi Talib.Isteri Ali, iaitu puteri Nabi bernama Fatimah menghidangkan madu yang dimasukkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik. Di dalam mangkuk itu, ternyata ada sehelai rambut.
Melihat rambut itu, Nabi meminta para sahabatnya membuat satu perbandingan menggunakan tiga barang yang berada di hadapan mereka iaitu mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.
Abu Bakar memberikan perumpamaanya"Iman lebih cantik daripada mangkuk yg cntik, org yg berima lebih manis drpd madu ini dan mempertahankan iman adalah lebih susah drpd meniti sehelai rambut."Perumpamaan Abu Bakar itu mengandungi makna yg mendalam perihal iman.
Tidak lama kemudian, Umar pula menyumbangkan fikirannya, "Kerajaan ini lebih cantik drpd mangkuk yg cntik ini, seorg raja yg adil itu lebih manis drpd madu ini dan memerintah dgn adil adalah lebih sukar drpd meniti sehelai rambut" Berbeza drpd Abu Bakar, Umar menggunakan kepemimpinan yang adil dalam perumpamaan.
Seterusnya, Uthman bin Affan pula memberikan pendapatnya iaitu, "Ilmu itu lebih cntik drpd mangkuk yg cntik ini, org yg menuntut ilmu itu lebih manis drpd madu itu dan beramal dengan ilmu yg dimiliki itu lebih sukar drpd meniti sehelai rambut."
Lantas apa pula kata Ali sebagai tuan rumah? Ternyata Ali menggunakan para tetamunya sebagai bandingan.Ali berkata,"Tetamu itu lebih cntik drpd mangkuk yg cntik ini, menjamu tetamu itu lebih manis drpd madu ini dan menyenangkan hati tetamu sehingga dia pulang ke rumahnya adalah lebih sukar drpd meniti sehelai rambut."
Fatimah juga turut memberikan pendapatnya,"Seseorg wanita itu lebih cntik drpd mangkuk yg cntik ini, wanita yg menutup auratnya lebih manis drpd madu dan mencari wanita yg tidak pernah dilihat oleh org lain kecuali muhrimnya lebih sukar drpd meniti sehelai rambut."
Nabi Muhammad gembira mendengar perumpamaaan-perumpamaan drpd para sahabatnya dan puterinya tentang tiga hal itu. Akhirnya Nabi pula memberikan pendapatnya."Seorg yg memperoleh taufik dan beramal dengannya lebih cantik drpd mangkuk yg cntik ini. Beramal dgn amalan yg baik itu lebih manis drpd madu dan melaksanakn dgn ikhlas lebih sukar drpd meniti sehelai rambut."
Tiba-tiba muncul Malaikat Jibrail dan dia berkata,"Menegakkan tiang agama itu lebih cantik drpd sebuah mangkuk yg cntik, menyerahkan diri, harta dan waktu bagi mengembangkan agama itu lebih manis drpd madu dan memepertahanakan agama sehingga ke akhir hayat lebih sukar drpd meniti sehelai rambut"
Allah pula berkata~"SyurgaKu lebih cntik drpd mangkuk yg cntik itu, nikmat syurgaKu lebih manis drpd madu dan jalan menuju ke syurgaKu lebih sukar drpd meniti sehelai rambut."
<Petikan drpd buku "Andai Syurga dan Neraka Tidak Ada.">
> Jihad Fi Sabilillah..<
illal liqa'
No comments:
Post a Comment