Sunday 24 April 2011

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman!!!

SEMUGA DAPAT MENJADI PEDOMAN..........


01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila
karena
sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia
adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti
mengobrol(membebel) yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan
kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuai pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan
kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan s egala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,
lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan
negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak
menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma
agama
dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita
menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan
pandai-pandailah
untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan
jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita
sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan
keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan
diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan
lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap
kejahatan akan melahirkan kerusakan;
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan
memiskinkan orang;


terima kasih...............

"TeMan Sedar, TeMan Belum Setanding Mereka.Tetapi TeMan Akan Berusaha Untuk Jadi Lebih Baik Daripada Mereka"
illal liqa'

MANGKUK..MADU DAN SEHELAI RAMBUT..BACALAHH!!SYOK!!!

Pada suatu hari, Nabi Muhammad S.A.W bersama para sahabat iaitu Abu Bakar, Umar Al-Khattab dan Uthman  mengunjungi rumah Ali bin Abi Talib.Isteri Ali, iaitu puteri Nabi bernama Fatimah menghidangkan madu yang dimasukkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik. Di dalam mangkuk itu, ternyata ada sehelai rambut. 

Melihat rambut itu, Nabi meminta para sahabatnya membuat satu perbandingan menggunakan tiga barang yang berada di hadapan mereka iaitu mangkuk yang cantik, madu dan sehelai rambut.

Abu Bakar memberikan perumpamaanya"Iman lebih cantik daripada mangkuk yg cntik, org yg berima lebih manis drpd madu ini dan mempertahankan iman adalah lebih susah drpd meniti sehelai rambut."Perumpamaan Abu Bakar itu mengandungi makna yg mendalam perihal iman.

Tidak lama kemudian, Umar pula menyumbangkan fikirannya, "Kerajaan ini lebih cantik drpd mangkuk yg cntik ini, seorg raja yg adil itu lebih manis drpd madu ini dan memerintah dgn adil adalah lebih sukar drpd meniti sehelai rambut" Berbeza drpd Abu Bakar, Umar menggunakan kepemimpinan yang adil dalam perumpamaan. 

Seterusnya, Uthman bin Affan pula memberikan pendapatnya iaitu, "Ilmu itu lebih cntik drpd mangkuk yg cntik ini, org yg menuntut ilmu itu lebih manis drpd madu itu dan beramal dengan ilmu yg dimiliki itu lebih sukar drpd meniti sehelai rambut."

Lantas apa pula kata Ali sebagai tuan rumah? Ternyata Ali menggunakan para tetamunya sebagai bandingan.Ali berkata,"Tetamu itu lebih cntik drpd mangkuk yg cntik ini, menjamu tetamu itu lebih manis drpd madu ini dan menyenangkan hati tetamu sehingga dia pulang ke rumahnya adalah lebih sukar drpd meniti sehelai rambut."

Fatimah juga turut memberikan pendapatnya,"Seseorg wanita itu lebih cntik drpd mangkuk yg cntik ini, wanita yg menutup auratnya lebih manis drpd madu dan mencari wanita yg tidak pernah dilihat oleh org lain kecuali muhrimnya lebih sukar drpd meniti sehelai rambut."

Nabi Muhammad gembira  mendengar perumpamaaan-perumpamaan drpd para sahabatnya dan puterinya tentang tiga hal itu. Akhirnya Nabi pula memberikan pendapatnya."Seorg yg memperoleh taufik dan beramal dengannya lebih cantik drpd mangkuk yg cntik ini. Beramal dgn amalan yg baik itu lebih manis drpd madu dan melaksanakn dgn ikhlas lebih sukar drpd meniti sehelai rambut."

Tiba-tiba muncul Malaikat Jibrail dan dia berkata,"Menegakkan tiang agama itu lebih cantik drpd sebuah mangkuk yg cntik, menyerahkan diri, harta dan waktu bagi mengembangkan agama itu lebih manis drpd madu dan memepertahanakan agama sehingga ke akhir hayat lebih sukar drpd meniti sehelai rambut"

Allah pula berkata~"SyurgaKu lebih cntik drpd mangkuk yg cntik itu, nikmat syurgaKu lebih manis drpd madu dan jalan menuju ke syurgaKu lebih sukar drpd meniti sehelai rambut."

<Petikan drpd buku "Andai Syurga dan Neraka Tidak Ada."> 

> Jihad Fi Sabilillah..<

illal liqa'

Saturday 23 April 2011

Si lelaki~Assalamualaikum....

Si perempuan~Waalaikumussalam warahmatullah...

Si lelaki~( ada chance)Tengah wat pe 2??

Si perempuan~(sibuk jerw)Ntahh...

Si lelaki~(Boleh tahan)Hmm..Awt mcm tu plak??X borinx erk??

Si perempuan~X tahu lahh... 

Si lelaki~Aiikk..knpe cam2 plak??Sakit kerw??

Si perempuan~......

Selepas 20 minit...

Si lelaki~Tengah wat perw tue??bz erk??Hmm..tengah chatting ngan boyfriend erk??

Si perempuan~Mana ada.. X da masa ngan benda tu semua..

Si lelaki~X de boyfriend kerw??

Si perempuan~Malas nk pikiaq lagi...

Si lelaki~Hmm..wakk..sye rse sye suke awk le..Awk ni baik..Sye suke..

Si perempuan~Mcm mna tau saya ni baik??Yg baik tu x semestinya yg terbaik utk kita..

Si lelaki~Biarlah saye nk kata awk baik..

Si perempuan~(Lantak eqo la).....

Si lelaki~Oklah wak. Sye x nk kacau awk.Kesian kat awk.Oklah..bye sayang..Luv you.Mmuahhh!!!

Si perempuan~(yakkk..Ieeyeewww...Sorry x layan)

Selepas 4 hari…
Si lelaki~(Bila dia nk on9 ni..?? X palah post kat wall dia jalahh..)

WALL POST!!

Hye!!Lama x chat..Sihat??I rindulahh..U x rindu kat I??Ohh my sweetheart, i know u miss me..
I miss u too...Love you. Muahh!!

60 people like this...
COMMENT!!!View all 48 comments...
Cik Ayu-Wahh...Dh maju!!

Cik Comel-Ada pakwe..X kasi tau aku punn..

Encik Handsome-Cayalahh lu bro..

Cik Cantik- Tidak ku sangka..hehe

Encik Smart- Please say I love u too... :)

Selepas seminggu…
Si perempuan~
Email..password.ok login.
Fuhh bnyaknya notification..
Click kat button tu.
Pi bawah..Scroll down
Si Lelaki post on your Wall
Click situ..

Si perempuan pun teliti profile fb nya itu..
Ya Allah, malunya aku…
X malukah lelaki itu???!!
Are you sure you want to delete this post??
Yes              No
Si perempuan itu menekan butang Yes
Si perempuan itu terus ke profile Si lelaki itu.
Scroll down..
Block this person
Are you sure you want to block this person??
Yes              No

Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosaku. Engkau ampunkanlah dosa hamba-hambaMu di bumi Islam ini..
Sesungguhnya ramai manusia yang terlalu mengejar dunia yg fana ini...

PERKARA INI BUKAN SESEUATU YANG BAIK UNTUK DIBANGGAKAN ....SAMA SEPERTI BERPOSING DENGAN PASANGAN BUKAN MUHRIM

AYUHH!!!KITA SALING INGAT-MENGINGATI SESAMA UMAT ISLAM...
SEDARKAN SAUDARA KITA YG LALAI 
BANGUNKAN SAUDARA KITA YG LUPA


illal liqa'

Friday 15 April 2011

Berbuat Baiklah Sesama Manusia... ^_^

Allah menciptakan kita bukan untuk sia-sia...
Tetapi kerana tujuan mulia iaitu untuk beribadah kepadaNya....
Ibadah adalah kata yang mencukupi segala hal yang dicintai dan diredhai Allah S.W.T....
Kita menjalankan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya adalah ibadah...
Bahkan berbuat baik kepada manusia diperintahkan dalam Al-Quran...

Surah Luqman(31) ayat 17-19:
"Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap pa yang menimpa kamu. Sesungguhnyayang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah) Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia(sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan sedehanakanlah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk ialah suara keldai."


Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda : "Tidak akan masuk syurga orang yang jirannya tidak aman dari gangguan- gangguannya." (Riwayat Muslim)


Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda : "Tiada seorang Muslim yang tiba padanya waktu sembahyang fardhu lalu dia menyempurnakan wudhuk dan khusyuk serta rukuk, sujudnya melainkan sembahyang itu menjadi penebus dosanya yang telah lalu selama dia tidak berbuat dosa besar dan yang demikian itu sepanjang masa."(Riwayat Muslim dari Uthman r.a.)


Ingatlahh...
Allah tidak rugi sedikitpun sekiranya kita tidak beribadah kepadaNya ...
malah kita yang rugi besar....
Allah sentiasa ingat kepada hambaNya yang ingat kepadaNya...
malah Allah sentiasa ada bersama hambaNya yang ada dekat denganNya..
Allah menerima doa orang yang dianiaya dan hamba yang ikhlas...
malah pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk hambaNya..
lupakah kita bahawa Allah itu Maha Pengampun..???
Sudah bertaubatkah kita?
Sudah bersediakah kita berhadapan denganNya...??
Dan menjawab apa yang disoalNya???


Fikirkanlah...
Wallahu 'alam


illal liqa'

Tuesday 12 April 2011

YA ALLAH....BANTULAH HAMBA-MU INI....

YA ALLAH....
Engkau gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan...
Engkau balaslah kesedihan ini sebagai perkara yg menggembirakan
Dan Engkau hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman...

YA ALLAH....
Engkau sejukkan gelora di hati ini dengan salju keyakinan...
Dan Engkau padamkanlah gelojak api di jiwa dengan air keimanan...

YA ALLAH....
Engkau berikanlah rasa mengantuk sebagai kenamanan bagi mata yang tidak dapt pejam...
Engkau berikanlah rasa damai bagi jiwa yang resah ini seseuatu kedamaian..
Dan Engkau berikanlah dengan kemenangan yang nyata....

YA ALLAH....
Engkau tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahaya-Mu...
Engkau bimbinglah orang yang tergelincir, menuju petunjuk Mu Ya Allah...

YA ALLAH.....
Engkau lenyapkanlah segala keraguan dengan cahaya mentari di ufuk timur.
Engkau hancurkan segala kebatilan yang bersarang di dalam perasaan dengan sinar kebenaran.
Engkau hapuskan segala tipu daya syaitan dengan pertolongan bala tenteraMu.

YA ALLAH BANTULAH HAMBAMU INI.....
illal liqa'

Sunday 10 April 2011

MENCARI TEMAN KE SURGA....

Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah S.W.T. 
Teman yang baik petunjuk jalan, penguat langkah dan azam, 
pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-
sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. Manusia yang lemah
seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, 
untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh,
demi bersama meraih syurgaNya. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman 
lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah ke taman syurga.

"Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku. teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat keadaan kami."
(20:29-35)

Saidina Umar mengatakan, "Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seseorang hamba sesudah Islam , selaain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah dia berpegang kepadanya..”Saidina Umar meminta kita ‘berpegang kepadanya’, iaitu bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh. =) 

Salah satu jenis manusia yang ALLAH SELAMATKAN ketika di PADANG MASYAR ialah..

Dua orang (lelaki dengan lelaki serta perempuan dengan perempuan)yang bertemu, berpisah & berkasih HANYA KERANA ALLAH S.W.T.. )

illal liqa'

Saturday 9 April 2011

RESEPI PERKAHWINAN BAHAGIA...

5 kg            penuh pegangan kepada Tuhan dan ajaran agama

3 kg            rasa cinta dan kasih sayang yang sentiasa membara kerana Allah

1500 g         rasa tanggungjawab

4 keping      rasa kesyukuran dan ketakwaan 

3 ½ cawan   daya penambat hati

2 cawan       pati kemanusiaan

1 ulas           budi bahasa 

1 cupak        doa

2 paket         keyakinan diri masing- masing dorongan dan sokongan

1 sudu          perasaan timbang rasa

1 sudu teh     rasa kepuasan
2 genggam    kepercayaan

1 camca          puji-pujian dan gurau senda

2 gelas           ucapan terima kasih

1 sukatan       peruntukan kewangan yang mencukupi

2 hiris             kata-kata maaf

1 cubit            campur tangan mertua

CARA MEMBUATNYA:~

1)Panaskan rumahtangga dengan ikatan pernikahan
2)Masukkan 1500 gram rasa tanggungjawab
3)Tumiskan 4 keping rasa kesyukuran dan ketakwaan. Biarkan selama-lamanya.
4)Campurkan 3 ½ cawan daya penambat hati dan 2 cawan pati kemanusiaan sekaligus.
5)Masukkan 1 ulas budi bahasa.
6)Adunkan dengan 1 cupak doa kebahagiaan.
7)Siatkan keyakinan diri masing-masing.
8)Gaulkan 1 sudu perasaan timbang rasa dan 1 sudu teh rasa kepuasan. Sebatikan.
9)Masukkan 2 genggam kepercayaan dan asingkan rasa cemburu dan curiga.
10)Padamkan api kemarahan. Tambahkan 1 camca puji-pujian dan gurau senda.
11)Tuangkan 2 gelas ucapan terima kasih serta 2 hiris kata-kata maaf.
12)Didihkan dengan 1 sukatan kewangan yang mencukupi.
13)Uli dengan campur tangan mertua.
14)Isingkan dengan bunga-bunga cinta yang segar dan panaskan dengan bara api kesetiaan.
15)Hiaskan dengan cahaya mata mengikut kehendak/ kemampuan masing-masing.

PERINGATAN!!!

Jangan sesekali dihidangakn dengan sikap dingin dan lidah yang berbisa. Hidang di meja kesabaran. Hiaskan dengan senyuman manis dengan penuh kasih sayang. InsyaAllah ia tidak akan expired dan mampu bertahan untuk selama-lamanya.


illal liqa'

Saturday 2 April 2011

Adakah kita CINTA akan RASULULLAH S.A.W....???

Sama-samalah kita renungkan....

Rasulullah S.A.W telah bersabda:  "Malaikat jibril, mikail, israfil, dan izrail A.S telah berkata kepada-ku 

Berkata jibril A.S : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atas mu tiap- tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan sya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar".

Berkata pula mikail A.S : "Mereka yang berselawat ke atas kamu maka aku beri mereka itu minum dari telagamu".

Berkata pula israfil A.S : "Mereka yang berselawat ke atas mu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu". 

Berkata pula izrail A.S : "Bagi mereka yang berselawat  ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi".

Apakah kita tidak CINTA kepada Rasulullah S.A.W???
Para malaikat memberikan jaminan masing- masing untuk orang orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W

Harap kita semua tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita nabi MUHAMMAD S.A.W.
Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul, dan para Malaikat....

illal liqa'

Telah ku pilih jalan-Mu , Ya Allah....

Telah ku pilih jalan-Mu
Jalan yg mendekatkan aku padaMu
Jalan orang - orang yg beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar- benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk ku buang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus - terusan kugagahkan 
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bntulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan 
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Ku mohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan 
Untukl mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan 
Cinta dari insan yang tak halal bagiku 
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk meneggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'TITANIC'
Tetap kupinta ia karam
Jika berlayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian. 
Dan akan kuterus tekadkan janji 
Kerana telah kupilih jalanMu ....
=___=

illal liqa'