Friday 20 May 2011

Kisah Fudholah Bin Umaer al- Laisi... ^_^

Seorang penulis sejarah terkenal bernama Ibnu Hisyam menceritakan bahawa seorang kafir bernama Fudholah bin Umaer al-Laisi keluar dari rumahnya kerana melakukan tawaf dengan azam hendak membunuh Rasulullah S.A.W. Dia sebenarnya mengambil peluang untuk melaksanakan niatnya ketika baginda melakukan tawaf. Fudholah sentiasa mengekori Rasulullah. Tetapi tiba-tiba baginda menegurnya.
"Apakah yang sedang engkau fikirkan wahai Fudholah?"
Dengan sopan Fudholah berdalih.
"Tiada sesuatu yang aku fikirkan selain hanya mengingati Allah.."
Rasulullah S.A.W ketawa gembira dengan jawapan Fudholah itu, kemudian baginda berkata.
"Istighfarlah, mohon ampunlah kepada Allah S.W.T"
               Kemudian Rasulullah mendekati Fudholah sambil meletakkan tangannya yang mulia ke atas dada Fudholah. Setelah itu Fudholah Fudholah menceritakan peristiwa itu kpd seseorang.
"Selepas Rasulullah S.A.W meletakkan tangannya ke dadaku, aku dapati suatu perubahan besar telah berlaku kepadaku. Jika sebelum itu aku membencinya, tetapi setelah peristiwa itu fikiranku bertukar, baginda menjadi orang yang paling aku sayangi di dunia ini."
                Inilah bukti mukjizat Rasulullah S.A.W yg menyebabkan berlakunya perubahan luar biasa kepada Fudholah yang berazam hendak membunuh baginda sebagai individu yang paling dibenci. Dia membatalkan niatnya kerana hatinya telah mengasihi orang yang paling dibencinya itu.
                Sewaktu pulang ke rumahnya, Fudholah terserempak dengan gadis kesayangannya di pertengahan jalan. Lalu gadis itu mempelawa untuk berbicara sebagaimana biasanya apabila mereka bertemu. Fudholah menjawabnya dengan bersajak,
"Tidak upaya aku hendak berbicara denganmu seperti dahulu. Kali ini harap maaflah kerana Allah S.W.T  melarang aku bercakap dengan perempuan yang bukan mahramnya. Islam juga membataskan pergaulan tanpa ikatan perkahwinan. Jika engkau pergi ke masjid tadi dan melihat bagaimana berhala-berhala dirobohkan, nescaya engkau akan merasai betapa Islam begitu jelas cahayanya. Wajah syirik telah lenyap tertimbus oleh kegelapan".
                 Baru sebentar menerima Islam, Fudholah terus bertukar menjadi orang ang berakhlak mulia. Dia menjadi seorang muslim yang mengamalkan syariat Islam, tanpa bertangguh lagi. Inilah kehebatan kesan cahaya iman dan Islam kepada Fudholah. Walaupun wanita itu adalah kekasihnya, namun Fudholah tidak mengambil kesempatan seperti yang dilakukannya sebelum dia menjadi muslim. Dia henya akan berurusan dengan keluarga kekasihnya itu untuk urusan peminangan dan seterusnya bernikah, seperti yang dianjurkan oleh Islam. Dia hanya bertemu semula dengan kekasihnya yang bergelar isteri.
 ^_^
illal liqa'

No comments:

Post a Comment