Monday, 2 May 2011

ANCAMAN MELAMBATKAN MANDI JUNUB/JANABAH/WAJIB!!

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:~
"Terdapat tiga orang golongan manusia yang tidak dihampiri Malaikat , yakni orang yang sedang berjunub, orang yang mabuk dan orang yang dilumuri za'faran"
(Riwayat Al-Bazzar)


Diriwayatkan daripada Ali karamallahu wajhah bahawa Baginda Rasulullah S.A.W bersabda...
"Sesiapa yang tidak membasahi sehelai rambut pada tubuhnya ketika mandi junub, maka ia diseksa kerananya dalam neraka." Ali seterusnya berkata: "Kerana itu aku bermusuhan dengan rambut di kepalaku."Justeru itu. Ali selalu memotong rambutnya.
(Riwayat Ibnu Syaibah, Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ibnu Jarir)

PENJELASAN...

         Wajib mandi ke atas orang yang sedang junub. Mandi junub itu ialah membasahkan seluruh tubuh dengan air tanpa ada pengecualian. Dengan demikian tidak terkecuali rambut, kuku dan selainnya.
   
         Sedang wanita yang bersanggul, hendaklah menguraikan sanggulnya agar air dapat masuk ke dalamnya. Begitu juga luar yang zahir(kuku).
illal liqa'

No comments:

Post a Comment